Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat

Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (disingkatkan TNI-AD, dalam Bahasa Inggeris "Indonesian National Military-Land Force") adalah cabang darat bagi Tentara Nasional Indonesia. Ia memiliki kekuatan kira-kira 300,000 anggota tentera.[2] Sejarah Angkatan Darat Indonesia bermula pada tahun 1945 apabila Tentara Keamanan Rakyat (TKR) "Civil Security Forces" muncul sebagai sebuah pasukan separa tentera dan polis.[3]Semenjak gerakan kemerdekaan, Angkatan Darat Indonesia terlibat dalam pelbagai operasi yang bermula dari penyatuan New Guinea Barat, konfrontasi Indonesia-Malaysia, hingga ke pengilhakan Timor Timur, serta operasi dalaman anti-insurgensi di Aceh, Maluku, dan Papua. Operasi tentera tidak akan berlaku tanpa kontroversi; ia sekali-sekala dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia, terutamanya di Papua Barat, Timor Timur dan Aceh.[4][5]Angkatan Darat Indonesia dipimpin oleh seorang Kepala Staf Angkatan Darat (KASAD) yang menjadi pemimpin tertinggi di Markas Besar Angkatan Darat (MABESAD). Jawatan KASAD yang terkini disandang oleh Jeneral TNI Andika Perkasa. Angkatan Darat terdiri daripada sebuah MABESAD, 15 Markas Wilayah Tentera (Kodam), 2 Markas Tempur Utama (Komando Tempur Utama atau Kotama); Markas Strategik Angkatan Darat (Kostrad) dan Markas Pasukan Khusus (Kopassus), serta beberapa unit tambahan yang lain.

Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat

Sebahagian daripada Tentera Nasional Indonesia
Ditubuhkan pada 5 October 1945
Nama samaran TNI AD
Ketua Turus Jeneral Andika Perkasa
Peringatan 15 Disember (Hari Juang Kartika)
Markas Besar Jakarta, Indonesia
Pertempuran Perang Kemerdekaan Indonesia
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Operasi Seroja
Operasi militer Indonesia di Aceh 2003-2004
Operasi Tinombala (2016)
Laman web www.tniad.mil.id
Saiz 483,000 (2016)[1]
Moto Kartika Eka Paksi
(Sanskrit, lit:"burung perkasa dengan satu cita-cita mulia")
Negara  Indonesia
Naib Ketua Turus Leftenan Jeneral Bakti Agus Fadjari
Jenis Tentera darat